Monday, 23 May 2016

Kehadiran Mangkin


    Kehadiran mangkin positif membekalkan suatu lintasa alternatif bagi tindak balas berlaku. Lintasan alternatif ini mempunyai tenaga pengaktifan yang lebih rendah. Oleh itu, bilangan zarah yang mempunyaibahan tindak balas yang mempunyai tanaga pengaktifan yang lebih rendah ini adalah lebih banyak. Maka,frekuensi perlanggaran berkesan bertambah. Hal ini meninggikan kadar tindak balas.

Suhu Tindak Balas


Suhu yang tinggi akan menambahkan tenaga kinetik zarah bahan tindak balas. Oleh itu, zarah bahan tindak balas bergerak dengan lebih pantas dan frekuensi perlanggaran bertambah. Maka, frekuensi perlanggaran berkesan juga bertambah. Tenaga yang dipunyai zarah oleh zarah bahan tindak balas juga bertambah apabila suhu meningkat. Oleh itu, lebih banyak zarah yang mempunyai tenaga pengaktifan untuk menghasilkan perlanggaran berkesan. Pertambahan frekuensi perlanggaran berkesan meninggikan kadar tndak balas.
EKSPERIMEN
Tujuan:  Untuk mengkaji kesan suhu ke atas kadar tindak balas.
Pernyataan masalah: Bagaimana suhu mempengaruhi kadar tindak balas tindak balas?
Hipothesis: Semakin tinggi suhu, semakin cepat kadar tindak balas.
Pembolehubah:
»Pembolehubah dimalarkan : Kepekatan dan isipadu bahan tindak balas
»Pembolehubah dimanipulasikan: Suhu
»Pembolehubah bergerakbalas: Kadar tindak balas

Bahan:
» 0.1mol dm-3 Natrium tiosulfat
» 1.0 mol dm-3 Sulphuric acid
Radas:
» Kon kelalang
» Termometer
» Silinder penyukat
» Jam randik
» Kasa dawai
» Penunu Bunsen
» Kertas turas
» Tugu kaki tiga
Prosedur:

1.50cm3 0.1mol dm-3 natrium tiosulfat diukur dengan silinder penyukat dan dituang ke dalam kelalang kon.
2.Suhu larutan natrium tiosulfat direkodkan.
3.Satu tanda ‘X’ dilukis di tengah-tengah kertas turas. Sebuah kelalang kon yang mengandungi larutan natrium tiosulfat diletakkan di atas kertas turas yang ditandakan.
4.5cm3 1.0mol dm-3 asid sulfurik diukur dengan mengukur silinder penyukat.
5.Asid sulfurik ditambah dengan cepat ke dalam kelalang kon yang mengandungi larutan natrium tiosulfat. Jam randik dimulakan pada masa yang sama.
6.Larutan di dalam kelalang kon digoncang dengan perlahan-lahan.
7.Jam randik diberhentikan apabila tanda ‘X’ tidak kelihatan lagi dari atas.
8.Masa yang diambil untuk tanda ‘X’ hilang direkodkan.
9.Eksperimen diulangi dengan menggunakan suhu yang berbeza

Keputusan
Isipadu sodium tiosulfaat (cm3)Isipadu asid sulfurk (cm3)Suhu larutan (°C)Masa, t (s)
1
masa
(s-1)
50528330.030
50535240.042
50540190.053
50545160.063
50550140.071

Tekanan

Pertambahan tekanan campuran bahan tindak balas bermakna pertambahan bilangan zarah bahan tindak balas per unit isipadu campuran tindak balas. Pertambahan tekanan bahan tindak dalas dalam bentuk gas adalah sama seperti pertambahan kepekatan bahan tindak balas. Hal ini menambahkan bilangan zarah bahan tindak balas dalam satu unit isipadu  campuran tindak balas. Zarah bahan tindak balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Oleh itu, frekuensi perlanggaran berkesan akan bertambah. Hal ini akan meninggikan kadar tindak balas.

cth tekanan :-
1.
pembakaran arang








2.
Menyimpan makanan di dalam peti sejuk











3.

Memasak makanan dalam periuk tekanan






Kesan tekanan
Apabila tekanan meningkat, jarak antara zarah-zarah menjadi lebih dekat.
Bilangan zarah per unit isipadu bertambah.
Kekerapan perlanggaran zarah meningkat, frekuensi perlanggaran berkesan adalah lebih tinggi.
Lebih banyak zarah dapat mengatasi tenaga pengaktifan, jadi kadar tindak balas meningkat.
Animasi berikut menunjukkan kesan tekanan ke atas kadar tindak balas.

Tuesday, 19 April 2016

Modul Kolej Vokasional Sem 5 .

Kadar Tindak Balas

MENGANALISIS FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS .


  • Luas Permukaan .
  • Kepekatan Bahan Tindak Balas .
  • Tekanan .
  • Suhu Tindak Balas.
  • Mangkin .



LUAS PERMUKAAN .



Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas:
Jumlah luas permukaan bahan tindak balas : semakin besar JLP semakin tinggi kadar tindak balas.
→bahan yang lebih kecil mempunyai JLP yang terdedah kpd tindak balas yg lebih besar. Jadi peluang utk pelanggaran bertambah iaitu frekuensi pelanggaran bertambah.
Hal ini juga akan menambahkan bilangan perlanggaran dengan orientasi yang betul. Lantas, frekuensi pelanggaran berkesan juga akan turut bertambah dan kadar tindak balas pun bertambah.

Set induksi
1. Sediakan dua buah bikar berisi air & dua biji panadol soluble
2. Minta pelajar patah-patahkan sebiji panadol soluble sehingga 
      menjadi ketulan-ketulan kecil .
panadol yang dihancurkan & panadol yang belum dihancurkan .

3. Tanya pelajar apa perbezaan luas permukaan panadol soluble 
antara ketulan besar & ketulan kecil.
(ketulan kecil mempunyai luas permukaan yang lebih kecil bagi 
setiap ketulan, tetapi mempunyai Jumlah Luas Permukaan yang 
lebih besar berbanding sebiji ketulan besar panadol soluble)
4. Masukkan panadol soluble ke dalam 2 buah bikar berisi air. 
Perhatikan panadol soluble dalam bikar mana yang paling cepat 
larut dan berhenti bertindak balas.






Panadol diletakkam dalam bikar.



5. Minta pelajar nyatakan pemerhatian.

(ketulan kecil panadol soluble lebih cepat larut & lebih cepat 
berhenti bertindak balas)
6. Pelajar membuat rumusan / kesimpulan:
Semakin kecil saiz bahan tindak balas, semakin besar jumlah luas 
permukaan bahan yang terdedah, semakin tinggi kadar tindak 
balas
7. Aplikasi dalam kehidupan seharian: memasak makanan yang 
bersaiz kecil lebih cepat berbanding makanan yang bersaiz besar
































                     Kepekatan Bahan Tindak Balas 

Kepekatan : semakin tinggi kepekatan semakin tinggi kadar tindak balas.
→pertambahan kepekatan bahan tindak balas bermakna bilangan zarah bahan tindak balas dalam satu unit isipadu campuran akan bertambah.
 Oleh itu, zarah bahan tindak balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Frekuensi pelanggaran bertambah. Orientasi pelanggaran yang betul juga bertambah. Maka,frekuensi pelanggaran berkesan juga bertambah. Hal ini meninggikan kadar tindak balas.