Tuesday, 19 April 2016



LUAS PERMUKAAN .



Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas:
Jumlah luas permukaan bahan tindak balas : semakin besar JLP semakin tinggi kadar tindak balas.
→bahan yang lebih kecil mempunyai JLP yang terdedah kpd tindak balas yg lebih besar. Jadi peluang utk pelanggaran bertambah iaitu frekuensi pelanggaran bertambah.
Hal ini juga akan menambahkan bilangan perlanggaran dengan orientasi yang betul. Lantas, frekuensi pelanggaran berkesan juga akan turut bertambah dan kadar tindak balas pun bertambah.

Set induksi
1. Sediakan dua buah bikar berisi air & dua biji panadol soluble
2. Minta pelajar patah-patahkan sebiji panadol soluble sehingga 
      menjadi ketulan-ketulan kecil .
panadol yang dihancurkan & panadol yang belum dihancurkan .

3. Tanya pelajar apa perbezaan luas permukaan panadol soluble 
antara ketulan besar & ketulan kecil.
(ketulan kecil mempunyai luas permukaan yang lebih kecil bagi 
setiap ketulan, tetapi mempunyai Jumlah Luas Permukaan yang 
lebih besar berbanding sebiji ketulan besar panadol soluble)
4. Masukkan panadol soluble ke dalam 2 buah bikar berisi air. 
Perhatikan panadol soluble dalam bikar mana yang paling cepat 
larut dan berhenti bertindak balas.






Panadol diletakkam dalam bikar.



5. Minta pelajar nyatakan pemerhatian.

(ketulan kecil panadol soluble lebih cepat larut & lebih cepat 
berhenti bertindak balas)
6. Pelajar membuat rumusan / kesimpulan:
Semakin kecil saiz bahan tindak balas, semakin besar jumlah luas 
permukaan bahan yang terdedah, semakin tinggi kadar tindak 
balas
7. Aplikasi dalam kehidupan seharian: memasak makanan yang 
bersaiz kecil lebih cepat berbanding makanan yang bersaiz besar






























No comments:

Post a Comment