Kadar Tindak Balas
Monday, 23 May 2016
Suhu Tindak Balas
Suhu yang tinggi akan menambahkan tenaga kinetik zarah bahan tindak balas. Oleh itu, zarah bahan tindak balas bergerak dengan lebih pantas dan frekuensi perlanggaran bertambah. Maka, frekuensi perlanggaran berkesan juga bertambah. Tenaga yang dipunyai zarah oleh zarah bahan tindak balas juga bertambah apabila suhu meningkat. Oleh itu, lebih banyak zarah yang mempunyai tenaga pengaktifan untuk menghasilkan perlanggaran berkesan. Pertambahan frekuensi perlanggaran berkesan meninggikan kadar tndak balas.
EKSPERIMEN
Tujuan: Untuk mengkaji kesan suhu ke atas kadar tindak balas.
Pernyataan masalah: Bagaimana suhu mempengaruhi kadar tindak balas tindak balas?
Hipothesis: Semakin tinggi suhu, semakin cepat kadar tindak balas.
Pembolehubah:
Pernyataan masalah: Bagaimana suhu mempengaruhi kadar tindak balas tindak balas?
Hipothesis: Semakin tinggi suhu, semakin cepat kadar tindak balas.
Pembolehubah:
» | Pembolehubah dimalarkan : Kepekatan dan isipadu bahan tindak balas | |
» | Pembolehubah dimanipulasikan: Suhu | |
» | Pembolehubah bergerakbalas: Kadar tindak balas |
Bahan: » 0.1mol dm-3 Natrium tiosulfat » 1.0 mol dm-3 Sulphuric acid | Radas: » Kon kelalang » Termometer » Silinder penyukat » Jam randik » Kasa dawai » Penunu Bunsen » Kertas turas » Tugu kaki tiga |
Prosedur:
1. | 50cm3 0.1mol dm-3 natrium tiosulfat diukur dengan silinder penyukat dan dituang ke dalam kelalang kon. | ||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Suhu larutan natrium tiosulfat direkodkan. | ||||||||||||||||||||||||||||||
3. | Satu tanda ‘X’ dilukis di tengah-tengah kertas turas. Sebuah kelalang kon yang mengandungi larutan natrium tiosulfat diletakkan di atas kertas turas yang ditandakan. | ||||||||||||||||||||||||||||||
4. | 5cm3 1.0mol dm-3 asid sulfurik diukur dengan mengukur silinder penyukat. | ||||||||||||||||||||||||||||||
5. | Asid sulfurik ditambah dengan cepat ke dalam kelalang kon yang mengandungi larutan natrium tiosulfat. Jam randik dimulakan pada masa yang sama. | ||||||||||||||||||||||||||||||
6. | Larutan di dalam kelalang kon digoncang dengan perlahan-lahan. | ||||||||||||||||||||||||||||||
7. | Jam randik diberhentikan apabila tanda ‘X’ tidak kelihatan lagi dari atas. | ||||||||||||||||||||||||||||||
8. | Masa yang diambil untuk tanda ‘X’ hilang direkodkan. | ||||||||||||||||||||||||||||||
9. | Eksperimen diulangi dengan menggunakan suhu yang berbeza
Keputusan
|
Tekanan
Pertambahan tekanan campuran bahan tindak balas bermakna pertambahan bilangan zarah bahan tindak balas per unit isipadu campuran tindak balas. Pertambahan tekanan bahan tindak dalas dalam bentuk gas adalah sama seperti pertambahan kepekatan bahan tindak balas. Hal ini menambahkan bilangan zarah bahan tindak balas dalam satu unit isipadu campuran tindak balas. Zarah bahan tindak balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Oleh itu, frekuensi perlanggaran berkesan akan bertambah. Hal ini akan meninggikan kadar tindak balas.
cth tekanan :-
1.
2.
3.
Pertambahan tekanan campuran bahan tindak balas bermakna pertambahan bilangan zarah bahan tindak balas per unit isipadu campuran tindak balas. Pertambahan tekanan bahan tindak dalas dalam bentuk gas adalah sama seperti pertambahan kepekatan bahan tindak balas. Hal ini menambahkan bilangan zarah bahan tindak balas dalam satu unit isipadu campuran tindak balas. Zarah bahan tindak balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Oleh itu, frekuensi perlanggaran berkesan akan bertambah. Hal ini akan meninggikan kadar tindak balas.
cth tekanan :-
1.
pembakaran arang |
2.
Menyimpan makanan di dalam peti sejuk |
3.
Memasak makanan dalam periuk tekanan |
Kesan tekanan
► | Apabila tekanan meningkat, jarak antara zarah-zarah menjadi lebih dekat. | |
► | Bilangan zarah per unit isipadu bertambah. | |
► | Kekerapan perlanggaran zarah meningkat, frekuensi perlanggaran berkesan adalah lebih tinggi. | |
► | Lebih banyak zarah dapat mengatasi tenaga pengaktifan, jadi kadar tindak balas meningkat. | |
► | Animasi berikut menunjukkan kesan tekanan ke atas kadar tindak balas. |
Tuesday, 19 April 2016
LUAS PERMUKAAN .
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas:
•Jumlah luas permukaan bahan tindak balas : semakin besar JLP semakin tinggi kadar tindak balas.
→bahan yang lebih kecil mempunyai JLP yang terdedah kpd tindak balas yg lebih besar. Jadi peluang utk pelanggaran bertambah iaitu frekuensi pelanggaran bertambah.
Hal ini juga akan menambahkan bilangan perlanggaran dengan orientasi yang betul. Lantas, frekuensi pelanggaran berkesan juga akan turut bertambah dan kadar tindak balas pun bertambah.
Set induksi
•1. Sediakan
dua
buah
bikar
berisi
air & dua
biji
panadol
soluble
•2. Minta
pelajar
patah-patahkan
sebiji
panadol
soluble sehingga
menjadi
ketulan-ketulan
kecil .
panadol yang dihancurkan & panadol yang belum dihancurkan . |
3. Tanya pelajar
apa
perbezaan
luas
permukaan
panadol
soluble
antara
ketulan
besar
& ketulan
kecil.
(ketulan kecil mempunyai luas permukaan yang lebih kecil bagi
setiap ketulan, tetapi mempunyai Jumlah Luas Permukaan yang
lebih besar berbanding sebiji ketulan besar panadol soluble)
4. Masukkan
panadol
soluble ke
dalam
2 buah
bikar
berisi
air.
Perhatikan
panadol
soluble dalam
bikar
mana
yang paling cepat
larut
dan
berhenti
bertindak
balas.
Panadol diletakkam dalam bikar. |
5. Minta
pelajar
nyatakan
pemerhatian.
(ketulan kecil panadol soluble lebih cepat larut & lebih cepat
berhenti bertindak balas)
6. Pelajar
membuat
rumusan
/ kesimpulan:
Semakin
kecil
saiz
bahan
tindak
balas,
semakin
besar
jumlah
luas
permukaan
bahan
yang terdedah,
semakin
tinggi
kadar
tindak
balas
7.
Aplikasi
dalam
kehidupan
seharian:
memasak
makanan
yang
bersaiz
kecil
lebih
cepat
berbanding
makanan
yang bersaiz
besar.
Kepekatan Bahan Tindak Balas
•Kepekatan : semakin tinggi
kepekatan semakin tinggi kadar tindak balas.
→pertambahan kepekatan bahan tindak balas
bermakna bilangan zarah bahan tindak balas dalam satu unit isipadu campuran
akan bertambah.
Oleh itu, zarah bahan tindak balas akan
berlanggaran dengan lebih kerap. Frekuensi pelanggaran bertambah. Orientasi
pelanggaran yang betul juga bertambah. Maka,frekuensi pelanggaran berkesan juga
bertambah. Hal ini meninggikan kadar tindak balas.
Subscribe to:
Posts (Atom)